Friday, August 23, 2013

Puisi Cinta Air Mata


Assalamulaikum...

Jalan-jalan di internet tadi aku terperasan sebuah puisi cinta yang boleh dikatakan jiwang.
So aku share bersama disini untuk menjadi bahan bacaan jela ye.

" Bukan aku tega membiarkanmu,
   Menantikan diriku,
   Sisi hatiku masih terbagi,
   antara cinta dan air mata.


   http://www.wangsms.com/wangmudah
   Bagaimana aku buktikan cinta ku
   kepadamu?
   Tiada lagi yang tersisa dariku,
   selain cinta dan titis air mata.

   http://www.wangsms.com/wangmudah 


   Tak mungkin aku memilikimu,
   Kerana diriku hanya lalang kering,
   Meski takdirku bukan milikmu,
   Hanya kau yg mengisi hatiku.
   Simfoni hati enggan berhenti,
   mendera dalam hati.
   Jika ku boleh putar kembali,
   engkau milikku pasti.
   Sanggupkah aku mencintaimu?
   Walau hanya dengan cinta dan titis air mata? "


# dipetik dari google. http://www.wangsms.com/wangmudah

Kemahuan Manusia Vs Kehendak ALLAH




Perkongsian Kerohanian sesama insan:

Kehendak Allah adalah segala-galanya yang diwahyukan menerusi Al-Quran, dan semua sunnah Rasulullah s.a.w. Kehendak manusia adalah apa-apa sahaja yang manusia mahu berdasarkan pemahaman logik, dorongan nafsu, kata hati mahupun pengaruh orang lain.
Tidak selalunya kehendak manusia itu selari dengan kehendak Allah
Ada kalanya pula memang Allah ciptakan naluri dan kehendak dalam diri manusia itu berbeza dengan kehendak Allah. Inilah ujian yang Allah kurniakan kepadanya untuk menguji apakah dia mampu memenangkan kehendak Allah berbanding kehendak dia yang tidak berharga di mata al-Khaliq.
Contoh pertama: Seorang wanita yang fitrah kehendaknya ialah suka mengumpat dan memfitnah. Ini adalah kebiasaan dan bakat yang dia semenjak dia kecil lagi. Tetapi kehendak Allah adalah “Fitnah itu lebih pedih azabnya daripada membunuh”, dan Rasulullah s.a.w. juga menyebut, “Mengumpat adalah umpama memakan daging saudara kandung sendiri.”  Maka mengumpat dan memfitnah mesti dia ditinggalkan walau apa cara sekalipun, walaupun bagi wanita itu, ini adalah kehendak Allah yang paling sukar dia laksanakan.
Contoh kedua: Seorang lelaki yang fitrah kehendaknya ialah tertarik kepada kaum sejenisnya iaitu lelaki. Dari kecil sampai besar dia lebih meminati lelaki berbanding wanita. Tetapi Allah berkehendak agar “Lelaki dan wanita dicipta untuk bersama dan melahirkan keturunan.” Juga Allah telah menyebut “Kaum Lut yang mendatangi kaum sejenisnya sendiri telah diseksa Allah dengan azab yang pedih di dunia.” Justeru, tiada pilihan lain melainkan lelaki itu mesti melupakan fitrah kehendak yang dia suka kepada kehendak Allah yang wajib dia terima. Ini adalah kesukaran baginya.
Contoh lain adalah seperti mereka yang sangat liat untuk solat, berat hati berzakat, tidak memakai tudung, menerima hukum hudud dan sebagainya. Bentuk ujian adalah sama sahaja sebenarnya, cuma subjek ujian itu yang berbeza.
Humanisme Barat
Aliran pemikiran kemanusiaan yang diperkenalkan Barat adalah memeperjuangkan semua hak-hak manusia berlandaskan pemahaman logik, dorongan nafsu dan kata hati semata-mata, tanpa melihat agama (Islam) dan kehendak Allah adalah kehendak veto.
Yalah, agenda kehidupan Barat adalah berdasarkan keduniaan semata-mata dan bukan beraqidahkan Islam pun secara majoritinya. Jadi siapakah Barat sebenarnya untuk kita orang Islam yang beraqidah benar untuk kita ikuti?
Nafikan fitrah kehendak diri yang berbeza dengan kehendak Allah. Walaupun sukar, usaha mengatasi kesukaran itulah yang Allah pandang, bukannya natijah, kan?
Setiap manusia itu ditimpa ujian yang berbeza. Fahami ujian ini walaupun ia dalam bentuk fitrah kehendak songsang yang wajib dinafikan meskipun sepanjang tempoh kehidupan.
Bukankah kehidupan di dunia adalah penjara bagi orang yang beriman, dan syurga ialah kemenangan ultimate bagi mereka yang berjaya mengikut kehendak Allah?
Buat anda yang ‘istimewa’
Jika anda rasa anda tertarik dengan jantina sendiri, usahakan diri untuk menafikan kehendak anda itu. Yakinlah bahawa kehendak Allah adalah wajib untuk diikut. Anda adalah hamba, dan Allah adalah Tuan anda. Tambahkanlah ilmu agama di dada, bergurulah dengan ustaz ustazah, buatlah apa sahaja asalkan kehendak Tuan anda menjadi sasaran hidup anda.
“Allah tidak memberatkan hambaNya dengan ujian melainkan berdasarkan kemampuannya.”
Jika anda gagal sekali, bertaubatlah dan teruskan usaha. Usaha menghasilkan pahala, dan taubat juga menghasilkan pahala, Insya Allah!

Wednesday, June 12, 2013

Tips Keajaiban Buah Pisang !

Perhatian !!!!

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian.... Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. 

Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! dan JANGAN BUANG kulit pisang di serata tempat dikhuatiri ada insan yang akan terpijak.

Saturday, June 8, 2013

Antara Persediaan Menyambut Kedatangan ramadhan


Di antara kemurahan hati Allah kepada umat nabi yang Allah kasihi dan yang kita cintai Muhammad saw, iaitu Allah sentiasa membuka dan terus membuka sepanjang hari, bulan dan tahun dengan pintu-pintu yang baik, dan bersamanya kebaikan, malahan semuanya adalah kebahagiaan dan ibadah yang mendekatkan kepada Allah SWT. Allah juga tidak membiarkan para hambaNya melainkan sentiasa memuliakan mereka dengan kemurahan hati dan sentiasa menambahkannya. . Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepada kita anugerah hasil dari kemurahan hati dan belas kasihan dari Tuhan Yang Maha Pemberi dan Pengurnia Kebaikan.

Solat lima waktu sepanjang hari adalah penghapus dosa sebelumnya ..solat sunat nawafil sebanyak dua belas rakaat, kita sebenarnya membina sebuah istana di syurga .. puasa nawafil secara mingguan menyelamatkan kita dari kepanasan dan kehausan neraka .. Haji tiada balasan yang layak baginya melainkan syurga ..puasa di bulan Ramadan terdapat  rahmat di awal bulan, keampunan di pertengahan dan hadiah paling besar yang tidak dikurniakan kecuali oleh Tuhan Yang Maha Mulia lagi Pemurah, iaitu hadiah pembebasan dari api selain daripada pembebasan setiap hari di bulan Ramadan .. Kenapa tidak? Dialah yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kesempurnaan yang sesuai dengannya. Dialah yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk ke jalan keselamatan dan kesempurnaannya. Dialah yang memberikan kita nikmat, rezeki dan penghormatan dengan menjadikan kita hamba yang beribadat kepadaNya.. Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat dan rahmat-Nya sempurnalah amal-amal yang baik, dan mengurniakan kepada kita pelbagai anugerah . Ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan. Ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadan. Ya Allah, sampaikalah kami kepada bulan Ramadan.

Persediaan yang sesuai dengan kedudukan Ramadhan

Mungkin suatu bulan seperti Ramadhan yang menduduki ketinggian dan kekayaan sebagai satu peluang besar bagi orang yang bijak untuk bersiap sedia sebelum ketibaannya. Justeru, alangkah baiknya tetamu itu. Inilah bulan Ramadhan.

Oleh kerana itu, Ramadan berhak meminta kesungguhan dari sekarang kerana ianya telah diperuntukkan oleh Allah dalam firmanNya melalui hadis Qudsi (bermaksud):

“Puasa adalah untuk Ku dan Akulah yang akan memberi ganjaran untuknya”.

Persediaan untuk mengenali Allah:

Satu aspek persediaan untuk bulan yang mulia ini ialah benar-benar mengenali Allah dan membetulkan pengetahuan tentangNya, memperkemaskan niat dan membaharuinya secara berterusan kepada Allah semata-mata tanpa mensyirikkan dengan sesuatu dalam setiap amalan sama ada kecil ataupun besar, yang zahir atau batin.

Hati yang mengetahui bahawa Allah adalah pemilik sebenar ialah hati yang mempunyai cahaya yang menyinari ke atasnya dan mendorongnya kepada semua amalan yang baik dan berguna .. Oleh itu, kesejahteraan hati seorang hamba yang menjadikannya sejahtera merupakan hasil yang pasti kepada seluruh badan, iaitu mengindahkan akhlak dan membangunkan tingkah laku sehingga ia menjadi seorang yang begitu istimewa dan berbeza.

Anda akan mendapati perutnya tidak dimasuki kecuali yang  baik, tangannya tidak mengambil rasuah, tidak melakukan penyelewengan, tidak mencuri dan tidak merompak, kerana keimanannya bahawa sesiapa yang menumbuhkan daging dari sumber yang haram, maka api neraka adalah yang layak baginya.

Selain itu, ia juga mempunyai kaki yang baik dan solih, iaitu tidak digunakan untuk berjalan kepada kemungkaran, tidak mencari kejahatan, malah tidak bergerak melainkan ke arah keredhaan Khaliq dan Tuannya .. Pengetahuan yang benar tentang Allah menjadikan dia seorang yang ‘rabbani’. Hanya kepada Allah dia bersandar, kepada Allah dia bekerja, kepada keredhaanNya dia berusaha dan kepada kerelaanNya sahaja dia patuhi.

Persediaan untuk mengikuti Nabi dan mencintainya

Mengikut Nabi dan mencintainya juga termasuk cara menyediakan diri untuk bulan Ramadan yang penuh kebaikan. Iaitu dengan mengingati apa yang dia lakukan pada bulan Ramadan dan sebelum Ramadan.
Kita berakhlak dengan akhlaknya
Kita beradab sopan dengan adabnya
Kita belajar dengan ilmunya
Kita menuruti jalan yang ditunjukinya
Kita mengamalkan agama dan dakwahnya
Kita menaburkan kebaikan kepada orang lain sepertimana nabi sanggup mengorbankan dirinya sendiri
Kita mencintai tanah air sebagaimana nabi menyayangi dan mengasihi tanah airnya
Kita membanyakkan selawat kerana mengharapkan syafaatnya
Allah sentiasa berselawat ke atasnya .. Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya.

Persediaan dengan melakukan muhasabah diri

Ramadan yang penuh kebaikan memerlukan majlis muhasabah  dari sekarang sebelum Ramadan datang dan pergi. Seorang muslim jika dia mahu menjalani kehidupan yang rabbani dan soleh, dia mesti sentiasa memuhasabah diri dengan lebih serius, untuk menjadikan muhasabah sebagai ubat bagi setiap penyakit dan penyembuh bagi setiap musibah dan bencana, membersihkan badan, dan meningkatkan kemampuan dan potensi, dan membahagiakan dirinya dan sebagainya.

Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab Zuhud bahawa  'Umar al-Khattab r.a berkata: "Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab (diakhirat) dan timbanglah amal perbuatanmu sebelum amal kamu ditimbang”. Oleh itu, hari esok lebih mudah untuk anda sekiranya anda telah menghisabnya hari ini, dan menyiapkan diri untuk hari penghisaban terbesar:

“dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). (Al-Hasyr: 18)

 Ibn al-Qayyim menukilkan dari al-Hasan berkata: "Mukmin yang baik terhadap dirinya ialah yang memuhasabah diri kerana Allah. Allah akan ringankan perhitungan pada hari kiamat ke atas orang-orang yang memuhasabah diri mereka di dunia ini, tetapi Allah akan menyukarkan perhitungan pada hari kiamat ke atas orang yang mengambil perkara ini tanpa melakukan muhasabah diri, ".

Terdapat beberapa kesan besar yang dapat diperolehi bagi orang yang memusahabah diri, antaranya ialah:
1 - Mengenal pasti kelemahan diri yang dapat membantu untuk mengelakkannya.
2 - Membantu untuk rasa takut dan muraqabah kepada Allah dengan jujur.
3 – Membiasakan diri hidup dengan berhubung kepada Allah.
4 – Berjaya memperolehi syurga Allah.

Persediaan untuk sentiasa beristiqamah:

Ini kerana jiwa yang beristiqamah akan meningkatkan ruh ..Firman Allah SWT (bermaksud): 

“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu.” (Hud: 112),

Sabda nabi saw (bermaksud):

" Katakanlah aku beriman kepada Allah kemudian  aku berististiqamah. " (Riwayat Muslim).

Persediaan membersihkan hatinya

Seorang daripada kita tidak tidur sementara di dalam hatinya terdapat kebencian, iri hati dan hasad dengki terhadap salah seorang saudaranya yang Islam. Ini adalah jaminan yang akan melayakkan masuk syurga .. Kita semua tahu kisah Abdullah ibn Amr ibn al-‘As dengan Saad bin Abu Waqas dan sebab Nabi Muhammad saw menyatakan berita gembira bahwa syurga untuk-Nya, "..iaitu orang yang tidak tidur sementara di dalam hati ada perasaan dendam terhadap seorang Islam yang lain.”

Persediaan dengan menulis wasiat

Kita hendaklah sentiasa menjadikan wasiat kita ditulis dan direkodkan butiran dan kandungan dengan terperinci. Kita hendaklah mengambilberat untuk merekodkan hak-hak hamba tentang tanggungjawab kewangan atau lain-lain. Di samping kita merekodkan hak kita sebagai hamba, kita juga tidak lupa untuk menulis wasiat supaya dikebumikan bersama para solihin, dan janganlah sekali-kali kita mati dalam kemurkaan Allah, Tuhan sekalian alam.

Kita juga mesti melatih isteri dan anak-anak kita kepada perlakuan tersebut, dan kita hendaklah membuat wasiat di rumah atas pengetahuan isteri dan anak-anak, atau ibu dan bapa serta adik beradik. Kita janganlah melupakan soal wasiat.

Persediaan mengingati mati:

Marilah kita sentiasa mengingati saat kematian yang akan tiba dan keluar ruh untuk mengadap Allah SWT yang bersifat Maha Mulia lagi Maha Pengampun dan belum tentu Ramadan akan datang kepada kita, kerana berapa ramai orang yang kita kasihi telah ‘menghilang’ pada bulan Ramadan dan sebelum Ramadan.

Persediaan untuk mengambil Perjanjian:

Iaitu kita berikrar kepada diri kita sendiri dan Tuhan kita, bahawa kita akan menggembling sepenuh tenaga pada bulan Ramadan - Jika Tuhan dapat menyampaikan kita kepadanya – untuk berzikir, membaca al-Quran, berbuat ihsan dan mengubah diri kepada yang lebih baik daripada sekarang, menyubur dan mengembangkan hubungan antara kita dan Allah, antara kita dan Nabi kita, antara kita dan isteri-isteri dan anak-anak kita, antara kita dan dunia seluruhnya.

Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh berdoa dengan segala kekuatan dan hati kita, dengan menadah tapak tangan sambil meminta dengan penuh harap dalam doa:

“Ya Allah, Wahai Tuhan yang boleh membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati kami di atas jalan agama-Mu”.

Persediaan dengan membanyakkan zikir:

Ramadan bulan penuh kebaikan menghendaki kita berlatih dari sekarang untuk membanyakkan zikir, dan sentiasa ingat bahawa perumpamaan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir ialah orang yang hidup dan mati. Zikir itu akan menghapuskan pengasingan antara hamba dengan Tuhannya, Rasulullah saw bersabda (bermaksud):

" Sesungguhnya apa yang kamu sebutkan tentang keagungan Allah dengan tasbih, tahlil dan tahmid, menyebabkan kedengaran di sekitar ‘Arasy suatu bunyi seumpama bunyi lebah, dan Allah akan mengingati mereka, Apakah seseorang itu tidak menyukai jika ada orang yang mengingatinya ? " (Ibn Majah)

Suatu yang indah tentang zikir ialah membanyakkan dan sentiasa berzikir lebih baik pahalanya daripada ibadah lain yang memerlukan usaha dan masa kerana zikir adalah peluang kepada orang-orang yang tidak mampu melakukan ibadah berdasarkan apa yang disebutkan dalam hadis sahih:

“Bahwa orang-orang fakir Muhajirin menemui Rasulullah saw sambil berkata;
“Orang- orang kaya telah memborong derajat-derajat ketinggian dan kenikmatan yang abadi.”. Sabda nabi saw (bermaksud): “Mahukah aku ajarkan kepada kalian sesuatu yang kerananya kalian boleh menuruti orang-orang yang mendahului kebaikan kalian, dan kalian boleh mendahului kebaikan orang-orang sesudah kalian, dan tidak seorang pun lebih utama daripada kalian selain yang berbuat seperti yang kalian lakukan. Iaitu kalian bertasbih, bertakbir, dan bertahmid setiap habis shalat ". (Bukhari dan Muslim)

Di samping itu zikir memberikan tenaga di dalam hati dan kekuatan fizikal, dan perkara-perkara yang paling indah di dalam zikir dan membanyakkannya ialah memperolehi penyaksian Allah di muka bumi yang menjadi saksi untuknya. Justeru, orang yang berzikir kepada Allah di atas gunung, di jalan raya, di dalam kereta, di rumah, di atas kerusi atau berbaring di katilnya .. Semua kawasan dan tempat akan menjadi saksi di sisi Tuhan.

Di dalam sebuah hadith dinyatakan bahawa Rasulullah saw membaca ayat ini:

“Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya.” (Al-Zalzalah: 4).

 Rasulullah bersabda:

“Apakah anda tahu apa beritanya? Mereka berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui? Baginda berkata: “Berita yang menjadi saksi kepada setiap orang dan umat, terhadap perbuatan yang dilakukan sambil berkata: Anda telah melakukan suatu perbuatan ke atasku sekian dan pada hari sekian sekian. "

Perlu dinyatakan di sini bahawa berzikir kepada Allah bukan hanya perkataan yang disebut di lidah sahaja, tetapi ia adalah satu reaksi, perasaan dan kesedaran jiwa untuk menggerakkannya daripada keadaan sedia ada sekarang kepada keadaan yang lebih baik dari segi kerohanian, ketelusan, rabbaniah dan iman, malah orang yang banyak berzikir kepada Allah boleh sampai ke peringkat mulia dari Tuhan yang Maha Agung yang memberikan mereka ketinggian, kelebihan dan limpah kurnia.

Persediaan untuk melatih kepada ketakwaan:

Iaitu kita hendaklah melalui semua jalan dan cara untuk membangun dan mengukuhkan ketakwaan di dalam jiwa, tindakan kita dan diri kita sendiri. Inilah seruan Allah kepada para nabi seluruhnya.

Sesungguhnya Amirul Mukminin Ali bin Abu Talib r.a pernah berkata ketika beliau ditanya tentang takwa: Apakah erti takwa wahai imam?. Beliau berkata:

هي الخوف من الجليل، والعمل بالتنزيل، والقناعة بالقليل، والاستعداد ليوم الرحيل
"Iaitu takut kepada Allah, melaksanakan segala suruhanNya, menerima dengan lapang walaupun sedikit, dan bersedia untuk hari pembalasan."

Persediaan untuk bertaubat:

Iaitu kita hendaklah segera bertaubat dan memohon ampun dari Allah dan memohon Allah menerima taubat kita dengan taubat nasuha, dan memasukkan kita ke dalam golongan yang memiliki semangat, ikhlas, sederhana dan melaksanakan agamanya, mencintai para pemimpinnya, tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan, menyebarkan kebaikan kepada semua orang, orang yang jujur dan ikhlaskepada agama mereka dan mencintai tanahair dengan penuh ndalam di mana pada hakikatnya lebih disayangi daripada diri mereka sendiri.

Teladan dan idola kita dalam hal ini ialah kekasih kita Nabi Muhammad saw yang sentiasa meminta ampun dan bertaubat kepada Tuhan yang adakalanya 70 atau seratus kali dalam sehari .. sedangkan siapakah dia?

Dia ialah seorang Nabi yang tidak pernah berdusta dan dia adalah cucu kepada Abdul Muttalib .. Dia adalah orang yang diampunkan Allah dosa yang telah lalu dan akan datang .. 

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Ali-Imran: 133),

dan orang yang bertaubat adalah umpama orang yang tiada lagi dosa.
  
(Semoga setiap kali Ramadan, seluruh umat Islam, semua negara dan rantau Islam dalam kebaikan, keamanan dan kesejahteraan)
Maha suci Allah Tuhan yang memiliki ketinggian seperti apa yang mereka katakan, dan kesejahteraan buat para Rasul, dan pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Friday, June 7, 2013

Antara Tips Kesihatan Dari Nabi Muhammad SAW


1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang. 


2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.
 

3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan. 
 

4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin. 
 
Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW. Jadi ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan secara beristiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah.

In Sha Allah....

Antara 15 Amalan Sunat Di Hari Jumaat


[ Sumber ini diambil dari Maktabah Abu Salma- Ebook Fikih & Adab ]
Hari Jumaat adalah sebaik-baik hari dan hari yang mulia.  Digalakkan umat islam mengisi dengan amalan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.  Tetapi malangnya sebahagian umat ini seakan meremehkan perkara – perkara yang disunnahkan dilakukan pada hari jumaat.  Sikap malas sebahagian umat ini banyak pula kesalahan dilakukan dan sunnah pula diabaikan. Disini akan disertakan beberapa sunnah yang sepatutnya dilakukan:  
 
1.    Disunnahkan bagi imam membaca dua surat as-Sajdah dan al-Insan secara sempurna pada solat fajar (subuh) di hari Jumaat, sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam, dan jangan memendekkan ketika membaca kedua surah ini sebagaimana yang sering dilakukan oleh sebagian imam.   
 
2.    Disunnahkan bagi seseorang untuk memperbanyak berselawat atas Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam, sebagaimana hadits Aus bin Aus radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya seutama-utama hari atas kalian adalah hari Jumaat, di dalamnya Adam diciptakan dan didalamnya beliau diwafatkan. Di dalamnya sangkakala ditiup dan di dalamnya makhluk-makhluk mati bergelimpangan”. Maka perbanyaklah kalian berselawat atasku, kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku.” [HR Ahmad dan Ashhabus Sunan, dishahihkan oleh an-Nawawi dan dihasankan oleh al-Mundziri].
 
3.    Solat Jumaat itu diwajibkan atas setiap laki-laki yang merdeka, mukallaf, muslim dan menetap. Solat jumaat tidak wajib atas musafir yang atasnya qosor di dalam solatnya, dan seorang budak serta wanita, namun barangsiapa diantara mereka ini menghadiri solat Jumaat maka mereka tetap mendapatkan pahala. Kewajiban solat jumaat menjadi batal dengan sebab adanya udzur (yang syar’i) seperti sakit atau dalam keadaan khouf (perang berkecamuk). [Asy-Syarhul Mumti' V/7-34]. 
 
  4.    Mandi pada hari jumaat termasuk tuntutan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sebagaimana dalam sabda beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Apabila salah seorang dari kalian hendak mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi.” [Muttafaq 'alaihi].
 
5.    Berwangian, bersiwak dan berpakaian dengan pakaian yang terbaik termasuk adab seorang muslim di hari Jumaat. Dari Abu Ayyub beliau berkata :  Aku mendengar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Barangsiapa mandi pada hari Jumaat, menggunakan minyak wangi yang ia miliki dan memakai pakaiannya yang terbaik, kemudian ia keluar dan berjalan dengan tenang (perlahan-lahan) sampai tiba di Masjid, lalu ia ruku’ (solat) yang tampak baginya dan ia tidak mengganggu seorangpun, lalu ia diam ketika imam keluar sampai menunaikan solat, maka baginya kaffarah (pelebur dosa) antara jumaat satu dengan jumaat lainnya.” [HR Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah]. Dan Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Haruslah mandi pada hari Jumaat bagi setiap orang yang mimpi, lalu bersiwak dan berparfum dengan minyak wangi semampu yang ia miliki.” [HR Muslim]. 
 
6.    Disunnahkah bergegas untuk menunaikan solat Jumaat yang mana sunnah ini seakan-akan telah mati saat ini, semoga Allah merahmati mereka yang masih menghidupkan sunnah ini. Dari Abu Hurairoh Radhiyallahu ‘anhu dari Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda : “Apabila tiba hari Jumaat, para malaikat berdiri di pintu-pintu Masjid, mereka menulis orang-orang yang datang pertama kali. Permisalan orang yang datang pada awal Jumaat bagaikan orang yang berkurban seekor unta, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor sapi, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor domba, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor ayam, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban sebutir telur. Apabila imam telah keluar dan duduk di atas mimbar, para malaikat berbondong-bondong beranjak dari barisan mereka, lalu mereka duduk untuk mendengarkan khutbah.” [Muttafaq 'alayhi].
 
7.    Disunnahkan bagi seorang muslim untuk menyibukkan diri dengan solat, zikir dan membaca al-Quran sampai imam keluar. Hadits Salman dan Abu Ayyub sebelumnya sebagai dalil atas hal ini. 
 
  8.    Wajib diam ketika khutbah dan berkonsentrasi dengan apa yang dihuraikan di dalam khutbah. Dari Abu Hurairoh Radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Apabila engkau berkata kepada temanmu : “diamlah” pada hari Jum’at sedangkan imam tengah berkhutbah, maka telah engkau sia-siakan (Jum’atmu)” [Muttafaq 'alayhi]. Ahmad menambahkan di dalam riwayatnya : “Barangsiapa yang (melakukan hal yang) sia-sia maka ia tidak akan mendapatkan pada Jum’atnya sesuatu apapun.” Di dalam riwayat Abu Dawud : “Barangsiapa yang (melakukan perbuatan) sia-sia atau membuat-buat garis, maka ia telah mengesampingkan (pahala).” [dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah]  
 

  9.    Disunnahkan membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat sebagaimana hadits Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu ‘anhu beliau berkata : Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya diantara dua jumaat.” [HR al-Hakim dan Baihaqi, dishahihkan oleh al-Albani]. 
 
  10.    Tidak diperbolehkan melakukan safar pada hari Jumaat bagi orang yang diwajibkan solat Jumaat sebelum menunaikannya setelah masuk waktunya. [Zaadul Ma'ad I/382].  
 
11.    Dibenci (dimakruhkan) berpuasa pada hari Jumaat secara bersendirian dan solat pada malamnya, sebagaimana hadits Abu Hurairoh Radhiyallahu ‘anhu dari Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda : “Janganlah kalian mengkhususkan malam Jumaat dengan solat dan jangan pula mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa daripada hari-hari lainnya, kecuali puasa yang biasa kalian laksanakan.” [HR Muslim]. 
 
12.    Wajib bagi yang berkeinginan untuk berpuasa pada hari Jumaat untuk menyertainya dengan puasa sehari sebelum atau setelahnya, sebagaimana hadits Abu Hurairoh Radhiyallahu ‘anhu dari Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam, bahwasanya beliau bersabda : “Janganlah salah seorang dari kalian berpuasa pada hari Jumaat kecuali disertai dengan puasa sehari sebelumnya atau setelahnya.” [Muttafaq 'alaihi dan lafazh ini lafazhnya Bukhari].
 
13.    Adapun sunnah pada hari Jumaat, maka telah datang hadits (yang menerangkan) bahwasanya Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam melakukan solat dua rokaat setelah Jumaat (Muttafaq ‘alayhi), dan datang pula sebuah hadits bahwasanya Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam memerintahkan bagi orang yang hendak solat setelah jumaat untuk solat sebanyak empat raka’at. (HR Muslim). Ishaq berkata : “Apabila beliau solat di dalam masjid pada hari Jumaat maka beliau solat empat raka’at, dan apabila solat di rumah maka beliau solat dua roka’at.” Abu Bakr al-Atsram berkata : “Kesemua hal ini boleh dilakukan.” [al-Hadaa`iq karya Ibnul Jauzi II/183]. 
 
  14.    Apabila seorang muslim masuk ke dalam Masjid pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, hendaklah ia solat dua rakaat yang ringan sebelum duduk, sebagaimana hadits Jabir bin ‘Abdillah Radhiyallahu ‘anhu beliau berkata : “Sulaik al-Ghothfani datang (ke Masjid) pada hari Jum’at dan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam tengah berkhutbah saat itu lalu ia langsung duduk. Maka Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Apabila salah seorang dari kalian masuk (ke Masjid) dan Imam tengah berkhutbah, maka solatlah dua raka’at lalu duduklah.” [HR Muslim].
 
15.    Disunnahkan bagi imam untuk membaca pada solat jumaat dua surah : yaitu al-Jum’ah dan al-Munafiqun, atau al-A’laa dan al-Ghoosyiah, karena Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam membacanya. [HR Muslim].  
 
  Rujukan: 1. Lihat QS az-Zumar : 68,2. Dengan memisahkan duduk atau menempati duduk seseorang atau melewati pundak-pundak jamaah yang duduk, 3. Maksudnya membuat-buat garis di lantai masjid ketika khutbah, atau perbuatan serupa seperti bermain-main baju, memijat-mijat tangan supaya bunyi, atau lainnya yang menunjukkan sikap tidak konsentrasi dengan khutbah.

Thursday, June 6, 2013

Story Kemayan City JB


story JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.

Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.

Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.
Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.

Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.

Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.
Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.

Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.

Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.
“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.
“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.

“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.
“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.

“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,” katanya.